okay semuanya bermula bila aku tengok video davedays yang agak famous dan kali ni dia ajar cara2 nak buat pancakes, huhh? pelik pulak kan, mana ade, dia ajar cara2 nak memetik gitar untuk lagu olive you which is lagu dia lah. ada aku kisah ? haha *ayat paling menjengkilkan, rasa nak sepuk je sesapa yang sebut ayat tuh, kan.
dan sebenarnya..
aku jadi blur sekejap. tak bukan sekejap, lama.
aku terfikir macam mana sebenarnya nak master gitar ni bagi aku yang takde langsung basic from zero to hero yeay, aku boleh kira berapa kali pegang gitar selama aku hidup. * merenung masa depan sekejap kau lelaki ke apa tak tau main gitar ? kau lelaki ke apa tak main ragbi ? kau lelaki ke apa tulis blog ? hahh, yang last tu panas berapi berasap sikit.
jangan sempitkan otak korang dengan pandangan slapstik zaman purba kala yang lelaki mesti tau/suka buat ni ni ni untuk jadi lelaki sejati. lelaki zaman sekarang bukannya macam zaman dulu2, sekarang ni lelaki lebih suka terperap dalam rumah main game daripada pergi ke padang main bola petang2. eh, lelaki wajib main game ke? hahh, satu lagi pemikiran singkat sesetengah orang.
lelaki akan dikaitkan dengan malas, pengotor, ganas, dan macam2 lagi yang negatif dan selalunya perempuan je la yang betul lelaki semua salah. tu secara umum apa yang perempuan akan jawab bila ada orang tanya " apa pandangan pertama awak tentang lelaki ? " tapi hakikatnya TAK semua lelaki macam tu. jangan anggap semua lelaki sama.
dah lari jauh macam marathon dah ni. tiba2 buat luahan hati perasaan perasan segala. haha. okay, aku teringin sebenarnya nak main gitar tapi takde rezeki lagi nak jamming baikk punya kan, ada ga kawan2 lama yang suka pergi jamming. ada jugak kawan perempuan aku sorang ni ade gitar. aku pun macam " wow, hebat " perempuan pun ada gitar. kau ada ke ? aku cuba hafal segala string yang video dekat atas tu ajar, dari A sampai la E atas E bawah, G strings dll
tapi kalau nak hafal yang rythm lagu segala jari jemarinya memang ahh aku kena ada gitar depan mata baru boleh study. ceh, kena study tuh. haha. kena ada bakat mungkin? mungkin, mana tau aku ada bakat terpendam sekian lama. hahh, jangan terkejut suatu hari nanti aku jadi pengganti Jimi Hendrix. hahaha *ketawa sekarang.
yang penting minat kena ada, nanti aku cari mana perginya minat2 aku, dah merata perginya sejak duduk hostel dulu yang tak perlukan minat2 semua ni, yela apa sangat la minat yang kau kena bawak sekali selain daripada minat nak study kan. okay, siapa sini tau goreng pisang? haha saya! saya! bukan, siapa sini tau macam mana nak goreng gitar macam pro atau amatur, tak kisah, share la apa2 pengalaman jadi beginners.
selamat bergitar ?
19 manusia:
BETOL TUU..
lelaki ker hape tak reti main gitarrr??
herherher takkanlah itu pengukur kelelakian haihh..
download la guitar pro, tabs die senang nak baca. Takde basic guitar pun aku boleh main lagu paramore - decode dari mule sampai habis. good luck!
kire tahu la jugak main neyh!
haha..if it's just for fun..try la play by ears and ber'tutor' dengan youtube selalu..haha
minat tu mmg penting..
suka tgk perempuan yg pandai main gitar :)
aku teringat dekat kawan aku lelaki yg duduk rumah je main game.slalau kena buli dgn bdk klas sbb anak mak.so aku rsa dier nk join kwn2 yg lain buat bnda lelaki.tp slalu kena perli.haha.sian
x yah bljr gitar la
kompang ko da reti main x?
jom kita bljr kompang nak??
^_^
ok.saya tak tahu goreng gitar..goreng pisang reti laa.haha..
lelaki pada pandangan aku:
1) reti main bola...xkire arr bola ape
2) tau hal2 ehwal semasa
3) pandai bawak kete
4) tau keje2 bertukang..
5) main gitar
jgn tanye aku kenapa...aku admit mereka lelaki sejati hanya macam tuhh
wan, hahh bernas sekali point tuh. xyah main gitar, main kompang dulu. haha
salam perkenalan ok.tenkiu!
hahaha . gitar yee .
aku xreti langsung main gitar
aku kalo setakat tak reti maen gitas aku mmg tak kesah langsong..tapo kalo tak reti maen bola yang tu aku kesah..
sherot, gitar yeee. haha.
amboiii luahan hati..hheehehe..skrg ni lelaki n perempuan dah sama level..:P
follow lama sudee:D
nak jambu ,try violin o piano,
nak macho, kompang pon boleyyy~
kehkehkeh
hahaha.. cool bro.. bagi aku jangan fikir perasaan org dan kata-kata orang.. fikirkan diri sendiri cukup..yang penting kita minat.. itu yang paling bagus.. peduli kata org.. mcm aku aku suka bela binatang pelik2.. ok jee.. laki jugak..aku suka tanam pokok.. ok jee.. x semestinya gitar.. setiap petikan gitar ada hukumnya dalam agama.. cari bro.. aku mengalu-alukan untuk ko cari pasal gitar ni dala hukum hakamnye.. tq bro good luck :D
black moon, yes that is very2 good advise. aku akan buat research dan update dalam entry baru. thanks bro
ade pulak kira isu gender.
then aku ni pompuan ke ape main gitar. aku ni pompuan ke ape main ragbi. aku ni pompuan ke ape x ambik medic.
uuuwaaa. camni tader la org nk kawin ngan aku. =.=
Post a Comment