Saturday, January 2, 2010

Hogwarts menunggu,

aku akan pulang ke hostel esok. Terhentilah hobbi aku masa cuti. sedih rasanya.

Aku akan post sesuatu kalau ada kesempatan, mana tau boleh curi2 guna komputer yang belambak canggih manggeh kat sana. tapi takde internet, dia control. memang what the la. haha.

Doakan kejayaan aku. ahh sedih.

Jumpa lagi cuti akan datang, bulan 3 kalau tak silap. sekejap je. macam harry potter pulak. Jumpa anda di Hogwarts. haha.


*Banyakk orang keliru, semua terkejut, ramai orang tanya. yang couple tu main main je la. Kita orang saja buat gempak. aku takkan couple dengan sesiapa, insyaAllah. haha.

Friday, January 1, 2010

2010,

Selamat Tahun Baru readers.
2010, may it be the glorious
year of your life
and my life hopefully.
speaking nih, haha.

Tiada azam baru, hanya harapan untuk mendapat straight A's SPM.
amin.

Status - duda

Aku sungguh teruja semalam. Nak tau kenapa? Aku dah ada couple baru.

ye, tak tipu. Nama dia Nadia Salleh Mokhtar (click untuk tengok post teruja dia pulak). sangat fofular di taman rapat setia baru. orang tak kenal dia nadia, orang panggil dia makcik peah. fuhh, siapa kata tak cun, kan kan. haha. Seronok gila dapat couple baru, hmmm. (temenung jap)

weh, aku main curi je gambar ni. ampun. haha

okayhh, kiteorang memang dah kenal dari kecik lagi, mungkin masa baby dekat hospital duduk sebelah2 dulu. haha. Satu sekolah rendah dan satu kelas. satu sekolah menengah tapi tak sama kelas. Mulut kiteorang memang fuhh, power.

tapi tak sangka pulak malam tadi boleh couple.

masa kecik2 dulu tak ada pulak terfikir nak couple dengan dia. Popular sangat la katakan, haha. dia sangat suka merepek. Sama la macam aku. Memang satu kepala la kan peah. haha. Tapi aku tak faham kenapa 'peah'? masa dulu takde pulak orang panggil dia peah.

ahh, lupakan. Kita kena gembira hari ni. haha. Aku tau korang teruja. Tapi jangan la lepas baca post ni terus taknak bukak blog ni dah. sabar je.

Yeah, aku couple dengan dia dari pukul 1.23 smpai la pukul 1.28 am. 5 minit je. Tapi memberi seribu erti sejuta makna dalam sejarah percouplean hidup aku. aduh, ayat. (=.=')

Aku tetap bersyukur masih ada yang sayang. dah la weh, aku tak larat nak gelak. hahaha. okay okay control.


Dia suruh compare gambar hamster mana satu paling ...... dah la, aku taknak puji diri sendiri kan peah. haha.

Jadi, begitulah ceritanya. aku berasa sangat bahagia. walaupun dalam masa 5 minit. ohh nadia, aku rasa kita patut ulanginya. haha. cukuplah aku merepek hari ni. kita tunggu hari esok.


kepala aku tak la sebesar kepala tuh. haha

Wednesday, December 30, 2009

Laptop free?

Komputer Riba (e-book) - 50,000 Unit Untuk Pelajar Tahun Empat dan Tahun Lima. Di Terengganu Tahun 2010

Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tahun 2010 untuk membekalkan 50,000 unit komputer riba (e-book) kepada pelajar Tahun Empat dan Tahun Lima.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman berkata peruntukan tersebut meningkat berbanding RM25 juta tahun ini.

"Tahun depan, kita akan mengagihkan 50,000 komputer riba kepada pelajar-pelajar Tahun Empat dan Lima, berbanding tahun ini kita beri hanya kepada pelajar Tahun Lima sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, di sini, Selasa.

Ahmad Razif berkata peningkatan peruntukan itu menggambarkan bahawa kerajaan negeri begitu mengambil berat terhadap bidang pendidikan dalam melahirkan modal insan di negeri itu pada masa depan.

Di samping itu, beliau berkata kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk memastikan Terengganu terus cemerlang dalam bidang pelajaran di bawah program "Terengganu Terbilang" tahun depan.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri mensasarkan 20 peratus pelajar mendapat 'A' dalam semua mata pelajaran bagi UPSR dan PMR tahun depan, berbanding 15.3 peratus tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berkata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said akan melancarkan pelan strategik peringkat negeri, awal tahun depan bagi mencapai sasaran tersebut.

Menurutnya antara pelan strategik tersebut ialah fokus dalam bidang akademik di samping mengatasi isu-isu di sekolah dan juga masalah disiplin dan lain-lain.

Selain itu, katanya kerajaan negeri akan turut memberikan fokus dalam bidang pertanian di sekolah-sekolah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memberi tumpuan dalam bidang pertanian.

Dalam hal ini, beliau berkata lepasan universiti dalam bidang pertanian mungkin akan diminta membantu pelajar yang berminat dalam bidang pertanian untuk berkebun di sekolah.

(Sumber: Bernama - 29/12/2009 - 15:12pm)

woooah, sekarang jugak aku pindah Terengganu. haha.

Tuesday, December 29, 2009

Berjalan kiri kanan

Ohh ya, lupa nak update blog. ke kuala lumpur baru2 ni. saja jalan jalan cari makan. Experiencing sesuatu yang baru, woah! haha. Tak pernah naik keretapi ktm. Turun kat kl sentral. try laa en.

Sebenarnya aku nak post macam zaman2 dlu, nak edit la gambar2 mcm dulu2. Tapi lain kali la, time balik buat aku emo. haha. Pergi pagi sabtu, semua berjalan lancar. Lepastu naik monorail semua pegi pavilion the gardens starhill benda2 mcmtuh, teman bonda. hehe.


Lepas tuh balik malam tuh pukul 9.30 sepatutnya. Boleh pulak delay 10.30. Lepastu lg boleh plak lagi delay sampai pukul 12. Memang what the fish la. Tapi di awalkan balik pukul 10.30. fuh, nasib baik.


Penat. Tapi seronok, pengalaman pertama, haha. Nama KTM tu klasik gila. Keretapi Tanah Melayu, aku suka.

okay la, lagi 2 hari aku akan jadi calon spm 2010. Cool. (=.=')
chow.

Sunday, December 20, 2009

Rabun?

ohh, teringin nak berkongsi apa yang dah jadi dekat aku harini.

takde apa pon, haha. Just terfikir macam mana aku 50 tahun akan datang. Hmm, aku patut dah fikir lama dah. Tadi aku ke kenduri kawan ayahnda. aku nampak sekumpulan orang bersembang. Tapi semuanya dah berumur. Lelaki perempuan.

normal la.

Tapi apa yang membuatkan aku terfikir macam mana aku 50 tahun lagi bila aku nampak ada sorang makcik tu hulur handphone kat sorang pakcik. Pakcik tu rabun dekat, lepas pegang handphone tu jauhh dari matanya. Lengan tu lurus, tak bengkok. Memang jauh la.

Lepastu, dia pas kat sorang lagi makcik sebelah dia. Aku rasa makcik tu rabun dekat. Dia letak betul2 depan mata. haha. Lawak pon ada. sambil dikecilkan matanya..

Macam tu ke aku 50 tahun lagi? Harap tak la, hehe.

Ni aku sempat curi curi gambar dorang, macam paparazi pulak main curi curi gambar ni. agaga

ni kaki aku, bukti gambar ni benar semata mata benar. haha

Ni gambar pakcik pakcik dengan makcik makcik yang aku cakap tuh. Makcik baju purple bagi handphone kepada pakcik topi putih. Lepastu pakcik topi putih bagi dekat makcik tudung purple. Nampak? makcik tudung purple tengah usha fon, baikk punya.

ampun, makcik pakcik semua. hehe.

Friday, December 18, 2009

apek apek, haih

*mengeluh pulak

Biar gambar berkata kata pulak kali ni.
'Jauhkan diri dari Dinding!' katanya..





Aku yang menurut perintah.
Ohh lupa bagitau, ni bilik aku. Sangat-sangat kemas. Tapi akhir-akhir ni dah tercemar. Kerja siapa? ni dia..

Ohh apek! posing baikk punya(ketawasampaiterkucil) Tapi, kenapa lu suka buat sepah meyh, habis satu lumah polak pelanda maa. Termasukla bilik aku, nak dicat katanya. Ikut je. hmm.

Tapi keadaan menjadi semakin kritikal bila cakap nak cat hari ni, tapi takde pon datang orang cat. Memang what the ar, sampai bila aku nak hidup dengan bilik yang macam ni. Aku tak boleh ar sepah. (betul, tak boleh)(=.=') Bersusah-susah la dulu.

Aku nak mintak satu je, tolong ar jangan datang rumah aku sekarang.haha (siapa ar nak datang)

Menanti hari esok dengan sabar..

Thursday, December 17, 2009

Kau mengade,

Ohh aku teruja. hehe.

tadi aku sempat ar google nickname sendiri. asybedazzle. sungguh perasan google nama sendiri. (=.=')

Lepastu boleh cari semua pasal aku, myspace, flickr, twitter, imeem, blogspot ni ngan apa comment yang aku dah send dulu2. nampaknya aku sorang je yang guna nickname ni, tambah teruja. hehe.

jadi lepas boleh la aku mengade macam orang-orang kat dalam tv " Just google me, type asybedazzle " haha. tak tahan. gedik la kau sorang, tak sedar diri. (=.=')

Cuti ni sangat bosan, lebih-lebih lagi bila kelas cikgu Julie dengan cikgu Saadah dah habis. haih, menganga jela duduk rumah. lalat masuk telan je la, redha. haha.

Friday, December 11, 2009

woooho,

KISS - keep it short and simple - post. hehe.

okay, kita hilangkan tekanan jiwa sekejap..


mempunyai kesayangan? hmm. double meaning. siapa punya company ni. macam along je.

Wednesday, December 9, 2009

terasa,

(mood : jiwang)

dush, updating my blog dengan sesuatu yang dah lama sangat ada dalam fikiran ni. jiwa memberontak ingin mencurah2kan isinya. dah dah..

paradigma seorang wanita muslim tentang objektif memakai hijab atau tudung kini menjadi suatu tanda tanya yang sering berputar2 di dalam fikiran aku. persepsi aku tentang wanita bertudung sangat sangat sangat positif. bagi yang tidak, bibir ini hanya mampu menyumpah. haha, tak tak. hanya berdoa agar pintu hatinya dibuka.

tetapi, apa gunanya kalau bertudung sambil memakai baju lengan pendek? tangan itu bukan auratkah? apa gunanya bertudung tetapi memakai baju ketat? apa gunanya bertudung kalau nampak apa yang dipakai di dalam. ini realiti mata memerhati sekeliling. bukan memerli, tetapi menyedarkan.


konsep tudung mungkin agak universal, ataupun uptodate bagi sesetengah orang. dan ada kalanya memerlukan hati yang tergerak dan menunggu 'seru' untuk memakainya. tidak perlu seru kalau keduniannya melebihi segala, seru itu tidak akan muncul. tapi, bukankah ianya wajib?

jikalau wajib hukumnya, mahu tidak ianya bukan persoalan.

hentikanlah sikap hipokrit di dalam diri yang terasa. usahlah pakai tudung jika hanya sekadar mahu menutup kepala dan hanya mahu dilihat sebagai Islam yang sejati. janganlah merosakkan persepsi orang luar terhadap kita. jadilah diri sendiri.

sesungguhnya panas di dunia tidak sepanas panas di sana kelak..

coretan puitis pendek karya, ehem2.
harap mesejnya sampai.
delivery reportnya ditunggu.

Tuesday, December 1, 2009

alamak,

tink! dh dapat cerita yang menarik. hehe. semua terjadi pagi ni... jeng3.

tadi biasalah bangun pagi dengan malasnya. ahak, takde la pagi sangat. (=.=') lepas tu biasalah rutin seharian mesti cari adik dulu. normalnya adik ada dalam bilik komputer. jadi, biasalah. normal normal.

tapi..

bila bukak je ada kawan dia. jeng3. tak pakai tudung, bagi aku benda tuh normal la budak darjah 5 kan. sebab sebelum ni pon dah biasa dah jumpa budak tuh (adik kawan lagipun). lepastuh dia jerit tutup kepala dia. haha. aku pon macam what the fish!

aku pon dengan mata baru bangun tidur, separuh rabun lagi. senyum kambing la pastu keluar. haha. lepastuh adik aku keluar warning, dia cakap jangan masuk sebab emylia tak pakai tudung. aku pon kata, okay.

lepastuh adik aku pergi explain sebab kenapa aku tak boleh masuk. macam aku desperate nak masuk je. haha. dia cakap emylia tuh dah cukup umur, jadi tak boleh tengok dia tak pakai tudung, berdosa katanya. hehe. macam orang tak faham pulak.

nak jugak explain panjang lebar. dah kena buang masa dengar dia membebel. haihh. :D

next.

okay, kita continue next story yang tak banyak beza pointnya. hehe. ada la harituh masa bulan puasa, kelas macam biasa la kan. aku ni biasalah, suka usha2 orang. lepastuh ternampak si jiaho(bukan nama sebenar, haha) tutup depan dia dengan buku.

aku pon pelik la, nak kata dia jenis suka tidur tak jugak. tapi rupa2 nya ada projek lain. nak buat projek tutup depan, tapi tak tutup tepi. haha. aku nampak dia makan biskut. agak tercengang la, rupa2nya fikir2 balik oh okay. haha.

dah la dia nampak aku nampak dia makan(fhm2 sendiri eh ayat, :p) memang segan la, aku jenis suka perli. haha. kesian jiaho. lepastuh esoknya pulak, aku nampak dia pergi dekat tong sampah nak buang wrapper biskut. kantoi la camni, tiap2 hari makan biskut masa bulan puasa.

kepada jiaho yang mungkin baca blog ni, jangan marah eh. agaga.
okay tu je cerita cerita hari ni, choww.

Sunday, November 29, 2009

siapaCakap,

okay, ni dah lama tak update. Raya pon dah lepas. Selamat Hari Aidiladha. lambat pulak wish kat korang. ahh takpelah, ni sebenarnya nak update pasal trip pergi melaka itu hari. 'trip' tu, taknak kalah. haha. padahal ikut ayah meeting je. (-_-")

okay, kita terus kepada kesimpulan, tiba2 je. haha. part ni dipanggil SIAPA CAKAP? :


1. Siapa cakap yang harimau dengan singa tak berkawan baik? ni hasil pemerhatian masa pergi animal world safari. cuak jugak la bila naik lori yang macam penjara tuh, binatang kat keliling bebas macam tu je. dorang siap date lagi, haha.


nasib baik la dorang tak nampak macam berminat dengan manusia. dah boring kot. haha.


2. Siapa cakap harimau tak mandi? harimau pon mandi ar, aduyai. korang je tak mandi(bukan semua, terasa nasib la) haha.


3. Siapa cakap malaysia takde cowboy?

cool.


lepas melaka terlepas ke kl kejap, ontheway balik Ipoh. alang2.

yeahh, dah terupdate blog ni nampaknya. sooner akan diupdate pasal raya haji. haih, takyah tunggu nantilah. ni baru balik daripada kampungku, belat. haha. kedah.

Raya haji kat kedah takdelah meriah sangat. pagi2 sembahyang raya. pastu pergi rumah sedara2 ontheway balik rumah tuh. makan laksa 2 kali. bayangkan, semua rumah buat laksa. boring doh. tapi takpe, sedap, hehe.

duit raya HAJI terkumpul : Rm 5.00(orang bagi eh, tak mintak. agaga)

jadila, banyak orang pergi haji kot. tuh sikit tuh. haha

tapi kat kampung kalah bandar, raya haji pon budak2 datang rumah orang kutip duit raya. tak sempat sempat nak duduk ni. dah macam cacing kepanasan. haha. takkan balik selagi tak dapat duit. buat muka otai pulak tu. ganas ganas.

okay. tu je untuk hari ini. segala yang terjadi akan dilaporkan asap ke twitter. keep update. agaga. chow.

Saturday, November 21, 2009

petuaKuat,

ingatan.. ish

sejauh mana betulnya kata-kata orang yang cakap "ehh, makan semut nanti cepat lupa."
(uih, termakan semut ye. takde sapa rela hati makan semut. haha)

terbaca ni..


Hal-hal yang bisa menyebabkan penyakit lupa:

- Makan kepala ikan
- Organ dalam binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang sejsenisnya kecuali atas nasihat dokter untuk keperluan kesehatan.
- Makan Makanan yang tercemar oleh semut karena semut dipercaya mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum
sebelum anda selesai makan.

Selain dari itu, hindari benturan (?) yang kuat pada kepala. Benturan di kepala yang kuat dan terlalu sering akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang disebut dopamin akan berkurang di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingat yang lemah.



Rahasia Menguatkan Daya Ingat

Untuk menguatkan daya ingat,dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang bisa meningkatkan fungsi ingatan adalah:

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus wortel (?) & madu
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe

Itu hanyalah sebagian dari makanan yang bisa meningkatkan daya ingatan manusia.

Selain dari itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya senantiasa cekatan dan cerdas. Satu teknik mengawali pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 hitungan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 hitungan. Lakukan terus hal ini terutama ketika sedang letih.


yeah, bapak2 ibuk2, jgn lupa ya. :D

pssst, sebenarnya dah tertelan semut tadi. tak perasan dalam gelas tu ada semut. redha je la.. haha

Thursday, November 19, 2009

cubicRubik,

fuhh, dah lama sangat tak post sesuatu. dekat 2 bulan kot. dah duduk hostel kan, nak buat macam mana. hehe.

holiday begin again! harhh, looking forward what to do selain daripada homework(s) yang bertimbun.

balik rumah ingatkan dapat ketengan, tapi. arghh tengah renovate. tension betul. salah satu punca tekanan :

1. kena bangun pagi awal2. mana boleh biar dorang masuk rumah suka suka je. kena observe la pulak. bosan doh.

2. bising. woa, bunyi ketuk2 suma. tertekan emosi aku.


huh, dah la, malas nak list banyak2.

jom cakap pasal cubic rubic. haha agak sensitif benda ni sebab aku tak reti langsung buat. sekarang dah jadi macam trend dekat maktab tuh, kalau macam last month lagi la, semua main cubic tuh..

kecuali aku (-_-")

hehe, lepas tuh bila dah banyak yang dah jadi harta rampasan, kurang la sikit. lagi pon benda tuh bukan boleh buat benda lain pon. alih2 pusing2 benda tu jugak. tapi aku tetap tak tau..

tak ada passion nak buat benda nih, macam menyusahkan otak je. lagi2 bila aku nampak ada orang beli rubik pyramid, yang macam tiga segi tuh. ada yang beli 5X5 punya. bulat pon ada. style tapi. err. aku stil tak reti nak buat. haha



tunjuk la tutorial macam mana pon, tapi aku stil tak reti buat. haha
suatu hari nanti.. (kot?)
siapa sini tau main?
(-_-")

Saturday, September 19, 2009

shortPost II,

kepulanganku menjelang raya...

dah dah. penat nk berdrama.

okay, jadi aku baru balik dari hstel khamis lepas. cuti best tapi bila part exam lepas cuti tuh buat aku jadi hampir mereng. bayangkan, balik cuti bawak buku. haihh, menyedihkan. tapi yang PMR lagi sedih kot. aku ujian selaras je.

hmm, bulan puasa dekat hostel macam biasa. so far, sekali je tinggal sahur. haha. memang nerd gila pergi sahur tiap2 pagi. terawih tak pernah tinggal lagi. tapi tak pernah buat 20. dasar budak baik. wakaka. bukan baik, cari pahala lebih je. (-_-")

cakap pasal raya..

aku sambut dekat kampung sebelah rumah je tahun ni. sebab abang bertunang 2 raya. jadi memang super busy la sebelum raya. banyak benda nak kena prepare. baju raya aku dah siap. (nak jugak bagitau. haha) (-_-")

lagi satu, happy 5* birthday, ayah. this year finally ayah ada kek harijadi, seingat aku la. hehe :)

okay, tu je short post kali ni. choww.


pssst :


aku dah cuba lukis balik gambar ni, pastuh shading. serious korang takkan nak tengok hasilnya. haha

Monday, August 31, 2009

52merdeka,


bila nak merdeka, teringat budak dua orang ni. hehe

apa yang jadi sebenarnya dekat post yang sebelum ni? ada beberapa orang tanya. jawapannya ialah, takde apa2 yang jadi.

tu hanyalah rekaan semata mata. nothing link to anybody. tajuk post pon DramaSwasta. hanyalah drama yang bermesejkan betapa kecewanya aku dengan wireless kat rumah aku ni.(kreatif la konon) yang semakin hari semakin lembap walaupun baru tukar modem sebab modem lama macam dh jadi debu debu halus yang boleh dibuat tayamum kalau terdesak.

ohh, semestinya selepas rosak baru dia jadi debu halus. siapa yang buat? (anda tahu siapa anda) haha (-_-")


okay la, aku terpaksa pulang untuk menuntut ilmu(huih, nak berdrama lg nih). nantikan kepulanganku pada lebaran yang akan datang. akan aku tunjukkan macam mana nak buat kuih yang sedap. haha (-_-")

Happy 52 Merdeka, Malaysia. you'll never walk alone.


Yasmin Ahmad in memory - the best tv comercial/film maker.


pssst: aku akan buat live twitter dari handphone, jangan risau. haha.

Wednesday, August 26, 2009

DramaSwasta,

Aku tau, dah hampir 2 tahun kita bersama. Segala suka duka dipendam, sentiasa tersembunyi duka, terpancar kegembiraan. Hubungan seolah olah tiada masalah zahirnya, tetapi batinnya aku pun tak tahu lah. Sepanjang hubungan ini, tak pernah terdetik yang semuanya akan berakhir macam ni je.


Ingatkan hubungan ni okay okay je, rupa rupa sebaliknya. Kenapa tidak diluahkan sahaja apa yang tersirat di sebalik perasaan? Bukan ke segalanya mungkin dapat diselamatkan? Setiap benda hidup melakukan kesalahan, tetapi kita mana nampak salah kita melainkan orang lain yang bagitau.


Perasaan diabdikan kepadanya, meskipun ada terdengar bisik bisik orang disekeliling memberitahu kelemahanku, tetapi kenapa terdengar daripada mereka? Aku bukanlah sempurna, mungkin tidak sesempurna kamu. Aku akui aku bukan macam orang lain. Aku sifar pengalamannya, tetapi ikhlas.


Sebelumku mungkin lebih sosial, tetapi aku jenis membisu, jari menjadi penghubung. Selama 2 tahun aku membuat kesimpulan yang hubungan itu tidak memerlukan fizikal, tidak memerlukan kata kata untuk mengungkap, tidak memerlukan sesuatu yang ‘normal’ bagi manusia zaman sekarang.


Tetapi sangkaanku meleset apabila ianya berakhir, mungkin komunikasi itu juga penting. Akhirnya, aku anggap ianya sebagai pengajaran, tidak memilih jalan gelap, mungkin jadi kawan lebih baik daripada status(connected) sebelumnya.


wahai internet connection, janganla merajuk lagi.

hehe.


Sunday, August 23, 2009

updateSeni,

huihhhh, lambat pulak nak wish selamat berpuasa kat anda-anda semua. Selamat Berpuasa. hehe.
ni dah kira second day puasa. puasa tahun tak terasa penat sangat. tapi baru dua hari je. mungkin sebab cuti. (minggu depan pon cuti sekolah jugak, memang tak penat. haha lepas tuh, hmm)

masa hari pertama puasa, berbuka besar(makan besar) kat rumah atok. sebab ramai sepupu sepapat datang. hehe. okay okay, skip skip.

tujuan utama post ni nak cerita pasal apa aku buat hari ni. jeng3. kan orang kata bulan puasa tak baik tidur siang kan. jadi ni yang aku buat.


semak kan. rasanya dah boleh teka apa aku buat.
daripada ni (internet copy)...


sampai la jadi cam ni. tadaa..

tuh la, minat seni tapi tak pandai nak berseni. suka lukis tapi tak pandai lukis. suka warna tapi tak pandai warna. macam makan nasi tapi tak tau nak masak nasi. ehek, terasa orang tuh. :D

okay, tuh je lah aktiviti hari ni. berbuka makan makaroni bakar, grr. sedap. esok jangan lupa puasa. chow.


*psssst, yang original tuh dia guna oil paint, aku guna water colour je. hehe (taknak kalah)

Thursday, August 13, 2009

TidurygSihat,

Cara yang paling sihat untuk tidur.

tidur jangan pasang kipas ataupun aircond ataupun apa2 je lah yang boleh menyejukkan.

perasan tak kita akan berpeluh lepas bangun?

sihat la tuh kan. haha.



lagi satu, tidur sampai tengah hari.

confirm berpeluh. heh


haihh, macam2. tapi persoalannya sekarang. tuh peluh ke air liur basi? hmmm.

Wednesday, August 12, 2009

shortPost,

pagi ni bangun agak awal.

ada sebab. haha.

maid datang hari ni. jadi, takkan nak tidur. kena observe, mak aku suruh. nama dia k. enny, tiba2 terdetak sekejap. enny? teringat pulak dekat seseorang. hehe. haihh, mengantuknya. menguap daripada tadi nih. hmm.

tengah tengok hotfm morning crew kat 8TV. hari ni dorang perkenalkan lagu baru sempena merdeka. acct dorang ada buat contest worth RM 25 000. woa, tapi artis je. okay jugak lagu2 patriotik baru.

takdelah kalau merdeka je lagu tanggal 31. evergreen, tapi yang baru lagi dekat dengan jiwa orang sekarang yang majoritinya pasca merdeka. yang belum ada masa merdeka dulu. ada pro & cons, tapi effort tuh sangat dihargai.

okay tuh je, short post. chow